Infrastruktur dan kemudahan Sekolah_Menengah_Sains_Tuanku_Munawir

Sekolah ini mempunyai:

  • 4 Blok Bangunan Utama (3 Blok Akademik dan 1 Blok Pentadbiran-Akademik)
  • Sebuah Blok Makmal Sains
  • Sebuah Dewan yang diberi nama Dewan Putera
  • Sebuah Bengkel Kemahiran Hidup
  • Bangunan Kokurikulum yang menempatkan Kantin Sekolah, Gymnasium, Stor Sukan, Bilik Pengurusan Pengawas dan Bilik Persalinan
  • 4 Blok Bangunan Asrama (Tuah, Lekir, Kasturi dan Jebat)
  • sebuah Dewan Makan
  • Blok Baharu yang menempatkan Perpustakaan, 'Future Classroom', Makmal Sains dan Bilik-bilik Kuliah.
  • Sebuah surau yang dinamakan Surau Al-Mutafawwiqin telah siap dibina pada tahun 2010 dan telah menggantikan surau lama yang terletak di Blok Tuah (kini dijadikan Bilik Bacaan). Pada penghujung tahun 2015, Surau Al-Mutafawwiqin telah dilengkapi dengan 8 pendingin hawa untuk memastikan keselesaan para pelajar ketika beribadah.

Pada awal penubuhan, hanya terdapat 6 buah kelas diwujudkan (Beta, Delta, Epsilon, Gamma, Omega, Sigma) untuk Tingkatan 4 tahun 2002 dan Tingkatan 5 tahun 2003 memandangkan bilangan pelajar-pelajar sulung yang agak sedikit. Pengambilan pelajar-pelajar kelompok ke-2 dan seterusnya yang semakin ramai menyebabkan 4 lagi kelas diwujudkan (Alfa, Iota, Theta, Zeta). Kelas-kelas elit telah diwujudkan pada tahun 2002 dan pernah melibatkan pelajar-pelajar ambilan 2002 dan 2003 namun dibubarkan selepas itu. Pada tahun 2015, kesemua lantai 20 kelas telah dijubinkan dan tingkap telah ditukar daripada tingkap kaca kepada tingkap gelangsar berwarna hitam.

4 blok bangunan asrama 3 tingkat mengasaskan 4 kediaman dan juga menjadi rumah sukan kepada Putera-putera SASER iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Namun, nama-nama tersebut telah diubah kepada Tuah, Lekir, Kasturi dan Jebat menjelang 2004. Setiap blok mempunyai common room masing-masing di mana setiap aktiviti yang melibatkan kediaman akan dijalankan. Sebuah Bilik Bacaan yang dilengkapi dengan pendingin hawa (asalnya surau) telah dibina dan diubah suai serta Ruang Dobi Prabayar disediakan di Blok Tuah manakala Bilik Sakit dan Ruang Dobi Rasmi Sekolah disediakan di Blok Lekir.

Kemudahan Sukan di SASER:

  • Padang SASER yang dilengkapi dengan Pavillion (digunakan sebagai Padang Ragbi, Bola Sepak, Hoki acara Balapan serta aktiviti-aktiviti Sukan yang lain contohnya Hari Sukan SASER)
  • 2 Gelanggang Bola Keranjang
  • 2 Gelanggang Takraw
  • 2 Gelanggang Bola Tampar
  • Satu Gelanggang Badminton (di dalam Dewan Putera)
  • Satu Gelanggang Futsal
  • Satu Gelanggang Tenis-Skuasy.
  • Sebuah stor sukan berhampiran dengan Padang SASER.
  • Sebuah Gimnasium yang terletak di Bangunan Kokurikulum.

Di pinggir Padang SASER, terdapat dua buah rumah staf iaitu Rumah Kediaman Pengetua dan Rumah Kediaman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Selain itu, Kediaman Housemaster telah disediakan di setiap Blok Asrama.